Saturday, October 19, 2013

Bagiku tiada istilah pencen. Ramai sahabat2 pulang ke kampung setelah berpencen dari jawatan2 tertentu. Mereka dirikan rumah di kampung halaman hasil dari wang saraan dan wang simpanan kwsp. Bagi aku pulang ke kampung bukan untuk berpencen malah aku kembali ke daerah pendalaman demi menyahut seruan negara. Jadilah warga usahawan yg berjaya. Ya aku mahu buktikan diriku mampu menjadi seorang usahawan berjaya dalam saat aku berumur awal enam puluhan. Kiranya itulah umur orang2 berpencen. 
Kini setelah hampir dua bulan, kini perniagaan bundleku hampir jadi kenyataan. Proses pembinaan sebuah gudang bundle di tanah seluas satu ekar sedang diusahakan dan kemajuannya sangat memberangsangkan. Apapun umur pencenku ibarat umur kelahiranku dalam dunia  perniagaan. Tunggu dan lihat apakah kenyataanku ini  hanya khabar yg indah dari rupa....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home